Thursday, July 23, 2015

Obersi. Ober-c. Obersy. Ober-ober. Oversean.

Aidilfitri ke, Aidil fi tree? ke I di Fitri? Ataupun Ai Di Hati You?

Erk?

"Kita kena masak apa ye untuk raya?", sambil tengok resepi kat google.
"Kita kena buat kuih ke eak?", sambil kunyah begedil waktu berbuka. 
"Kita nak raya mana je?", sambil scroll gambar raya lama.
"Nak pakai baju raya apa? Hmmm. Kak pain ada bju lebih x?", sambil laung nama orang minta simpati.
"Mi, boleh ajar aku adobe photoshop?", sambil tayang muka kesian.
"Mesti best kan raya kat Malaysia.."

Deh. Dilemma betul. Garu kepala sikek.

Buat Ibu, Ummi, Ma, Ayah, Abah, Wae..
Anakmu masih lagi 'sihat' di sini.
Anakmu masih boleh lagi menikmati rendang walaupun tak cukup rasa.
Anakmu masih mampu lagi untuk makan nasi himpit walaupun kadang2 nasi terlebih air, terlebih keras. Guna stapler nak bg smart macam bentuk nasi himpit adabi.
Anakmu masih bisa tersenyum penuh hikmah dan hemah walaupun kadang2 sedih menyelubungi jiwa.
Anakmu masih mampu lagi hantar gambar kat wasep menyatakan yang hati gembira, walaupun rindu di hati siapa yang tahu.
Anakmu masih boleh lagi ketawa walaupun di jiwa berteriak sedih ingin pulang ke kampung halaman, (tambah lagi gambar orang Malaysia yang.. Ya Ampunnnn! *guling2 atas katil sambil lap air mata)

Ya, anakmu sangat hebat hasil didikan tanganmu.
Mereka kuat untuk berada jauh daripadamu.
Walaupun ada yang meminta bahu untuk menangis rindu,
Walaupun ada yang menjerit melihat keriangan keluarga di Malaysia,
Walaupun ada yang menikmati kuih raya buatan sendiri di dapur teringat halaman desa.
Walaupun ada yang menangis merintih seorang diri dalam bilik air.
Walaupun ada lagi yang gigih meng'edit' gambar dan crop gambar sendiri masuk dalam gambar family.

Namun, mengertilah anakmu kini meredah lagi satu fasa yang mengajar kami erti hidup.
Hidup yang selalu diuji dengan jarak dan gelodak jiwa. Tuntutan menuntut ilmu harus kami dahulukan. :')
Hanya doa kamu yang kami harapkan di sini.
Sungguh, anakmu ini merindui kamu semua kerana Allah. Walaupun pelukanmu tidak dapat dirasai, walaupun huluran tanganmu tak dapat disambut, cukuplah sentuhan kasih sayang dan kiriman doamu dari jauh.

Selamat Hari Raya.
Salam Anak Perantauan Jordan.


Bila gua buat status nih, serious bukan nak tunjuk yang gua bangga duduk luar negara. Tapi gua just nak share, the 'hakikat' yang 'ghairu majazi', apa yang berlaku dalam realliti sebenar student mesia kat sini. Bukan tak bersyukur, tapi aku tahu ada je dalam kalangan hgpa, [baca:bukan hg kot, org lain laa] fikir yang best gila ar study obersi. Study yang terpaksa meredah belasan jam. Dapat naik flight. Segala bagai. Mula2 senyum laa. Pastu nangis guling2 lepas dengar statement nih.

Kemon. Baca balik statement yg gua tulis tadi.

Hgpa tension, balik umah. Ada parents sambut.
Hgpa rasa nak makan rendang sedap, hang tepon mak hang.
Hgpa rasa nak duit, teruih tepon mak hgpa cakap nak duit.

Manakala hakikat yg berlaku pada budak obersi yang hgpa nampak diorg happy 24/7.

Rumah kena pecah dengan arab.
Kena caci maki.
Kena tipu.
Tak tahu nak mengadu kat sapa.
Nak mengadu kat ibu, ayah. Ya Allah, Fikir 49 kali. Takut depa risau. Apatah lagi nak minx duit.

See. Semua org ada pro n cons.

Aku sedih, bila ada orang buat status.

"Budak obersi, happy pergi travel guna biasiswa. Kita kat mesia macam nak mati study tanggung ptptn".

Aduh. Luluh jantung ana mendengarnya. Kekuatan semua dah berkumpul kat tangan ana. Nak hayunkan 'penumbuk kasih sayang' untuk manusia yang buat statement nih.

Rasa macam nak bawak pakatan Lowyatt kasi hambat. Eh sis. Hilang ayu awak.

Tu laa nak cakap. Bersyukur, Kita ada nikmat kita masing2. yang ana dan jugak entum semua lupa nak syukur, nak cakap Alhamdulillah.

14:7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".



p/s: siapa minat dengan kakak2 ana, PM. [baca: pergi mati]. Sebab mereka semua dah berpunya.

Tuesday, July 7, 2015

Bahagia dan Syukur. :')

   Apabila kita duduk termenung, memikirkan nasib kita di sini...
Merenung mereka di sana yang hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun kita tak sedar hakikat erti kebahagiaan kita yang sebenar2nya..

   Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup.

Selalu org menaitkan ketenangan itu dengan faktor harta dan kekayaan, walaupun itu boleh jadi penyumbang, namun ia bukan segala2nya.

Betapa ramai org yg ada di dalam rumah besar, tidur di ats katil yg empuk namun tidurnya tidak lena.

Bahkan ada org yg tdur di pondok buruk, tidurnya lebih lena berbanding org yang tidur di atas katil empuk.

ada org yg ada dihadapannya hidangan yg hebat, lauk pauk yang sedap dan bagus, tetapi lidahnya tidak enak

Lebih enak lagi org yg makan kadang-kadang dengan satu dua lauk. Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

Kata Hamka : " Lihatlah bagaimana Allah membahagi2kan nikmat".

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, ada makanan yang sedap,tentulah hidupnya akan bahagia dan tenang.

Belum tentu!

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi Allah.

Apa yang org rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tak sangka. Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..

Cuba laa kita tengok dunia ini,

Kadang2, manusia apabila dia hilang suatu benda daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.

Berapa banyak dalam hidup kita, kita telah mengalami keperitan hidup?

Cuba ingat!

Ketika kita terpaksa mengalami keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini, Allah telah keluarkan kita dan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata, "Habislaa aku kali nihh", tapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan kehidupan ini. 

Alhamdulillah ya Allah. :')

Ketika kita kata, "Ya Allah, tolonglaa aku, Ya Allah tolonglaa aku, aku susah Ya Allah", hari ini kita pun dah lupa dah perkataan hari tuu.

Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang kehidupan yang Allah telah keluarkan kita daripadanya. 


(Iaitu) orang (yang mentaati Allah dan RasulNya), ada org yang mengatakan kepada mereka, "Sesungguhnya kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan pasukan tentera untuk memerangi kamu, keran itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu makin menambahkan keimanan mereka, lalu mereka berkata : Cukuplah Allah (menjadi penolong) untuk kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
Surah Ali Imran [3:173]

Pengalaman sering mematangkan kita..

Siapa yang tidak melaluinya maka dia tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.

Bila hati insan bulat kepada Allah, "Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah".

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat.

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil. Kehidupan yang dijanjikan Allah sangat luas.

Nabi sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia iniSaya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia iniAllah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurgakemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita deritaAllah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia iniSegala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam nerakalalu dikeluarkan dia"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam nerakaManusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda barudan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besarSatu hamba Allahyang patah kakinyayang dia tidak pernah pun sebutdulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijakTapi apabila satu hari dia sakit kakiDia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihatKata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"Yang kita ada ini harapan kitaTetapi insan...bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum adatetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebutSyukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabarRamai orang terpaksa sabartapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukurBila dia susah nak kata apa?"Sabar je la, nak buat apa?"Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuansyukur di atas nikmatاللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلقفمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر"Ya Allah... apa saja yang aku alamidaripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMutidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhanbagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdayaوإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampuTuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhankita akan rasa ma syaa Allah hidup iniapa yang Allah kurniakan kepada kitalebih dari harapan kita sebenarnyaKalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkantempat tuan-tuan dilahirkanrumah tuan-tuan dilahirkansehingga tempat tuan-tuan ada pada hari iniMa syaa Allah...!Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan diaketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakaryakni Nabi dan Abu BakarKetika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)Ketika dia berkata kepada sahabatnyaلا تحزن إن الله معنا"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"(التوبة: 40)