Thursday, July 23, 2015

Obersi. Ober-c. Obersy. Ober-ober. Oversean.

Aidilfitri ke, Aidil fi tree? ke I di Fitri? Ataupun Ai Di Hati You?

Erk?

"Kita kena masak apa ye untuk raya?", sambil tengok resepi kat google.
"Kita kena buat kuih ke eak?", sambil kunyah begedil waktu berbuka. 
"Kita nak raya mana je?", sambil scroll gambar raya lama.
"Nak pakai baju raya apa? Hmmm. Kak pain ada bju lebih x?", sambil laung nama orang minta simpati.
"Mi, boleh ajar aku adobe photoshop?", sambil tayang muka kesian.
"Mesti best kan raya kat Malaysia.."

Deh. Dilemma betul. Garu kepala sikek.

Buat Ibu, Ummi, Ma, Ayah, Abah, Wae..
Anakmu masih lagi 'sihat' di sini.
Anakmu masih boleh lagi menikmati rendang walaupun tak cukup rasa.
Anakmu masih mampu lagi untuk makan nasi himpit walaupun kadang2 nasi terlebih air, terlebih keras. Guna stapler nak bg smart macam bentuk nasi himpit adabi.
Anakmu masih bisa tersenyum penuh hikmah dan hemah walaupun kadang2 sedih menyelubungi jiwa.
Anakmu masih mampu lagi hantar gambar kat wasep menyatakan yang hati gembira, walaupun rindu di hati siapa yang tahu.
Anakmu masih boleh lagi ketawa walaupun di jiwa berteriak sedih ingin pulang ke kampung halaman, (tambah lagi gambar orang Malaysia yang.. Ya Ampunnnn! *guling2 atas katil sambil lap air mata)

Ya, anakmu sangat hebat hasil didikan tanganmu.
Mereka kuat untuk berada jauh daripadamu.
Walaupun ada yang meminta bahu untuk menangis rindu,
Walaupun ada yang menjerit melihat keriangan keluarga di Malaysia,
Walaupun ada yang menikmati kuih raya buatan sendiri di dapur teringat halaman desa.
Walaupun ada yang menangis merintih seorang diri dalam bilik air.
Walaupun ada lagi yang gigih meng'edit' gambar dan crop gambar sendiri masuk dalam gambar family.

Namun, mengertilah anakmu kini meredah lagi satu fasa yang mengajar kami erti hidup.
Hidup yang selalu diuji dengan jarak dan gelodak jiwa. Tuntutan menuntut ilmu harus kami dahulukan. :')
Hanya doa kamu yang kami harapkan di sini.
Sungguh, anakmu ini merindui kamu semua kerana Allah. Walaupun pelukanmu tidak dapat dirasai, walaupun huluran tanganmu tak dapat disambut, cukuplah sentuhan kasih sayang dan kiriman doamu dari jauh.

Selamat Hari Raya.
Salam Anak Perantauan Jordan.


Bila gua buat status nih, serious bukan nak tunjuk yang gua bangga duduk luar negara. Tapi gua just nak share, the 'hakikat' yang 'ghairu majazi', apa yang berlaku dalam realliti sebenar student mesia kat sini. Bukan tak bersyukur, tapi aku tahu ada je dalam kalangan hgpa, [baca:bukan hg kot, org lain laa] fikir yang best gila ar study obersi. Study yang terpaksa meredah belasan jam. Dapat naik flight. Segala bagai. Mula2 senyum laa. Pastu nangis guling2 lepas dengar statement nih.

Kemon. Baca balik statement yg gua tulis tadi.

Hgpa tension, balik umah. Ada parents sambut.
Hgpa rasa nak makan rendang sedap, hang tepon mak hang.
Hgpa rasa nak duit, teruih tepon mak hgpa cakap nak duit.

Manakala hakikat yg berlaku pada budak obersi yang hgpa nampak diorg happy 24/7.

Rumah kena pecah dengan arab.
Kena caci maki.
Kena tipu.
Tak tahu nak mengadu kat sapa.
Nak mengadu kat ibu, ayah. Ya Allah, Fikir 49 kali. Takut depa risau. Apatah lagi nak minx duit.

See. Semua org ada pro n cons.

Aku sedih, bila ada orang buat status.

"Budak obersi, happy pergi travel guna biasiswa. Kita kat mesia macam nak mati study tanggung ptptn".

Aduh. Luluh jantung ana mendengarnya. Kekuatan semua dah berkumpul kat tangan ana. Nak hayunkan 'penumbuk kasih sayang' untuk manusia yang buat statement nih.

Rasa macam nak bawak pakatan Lowyatt kasi hambat. Eh sis. Hilang ayu awak.

Tu laa nak cakap. Bersyukur, Kita ada nikmat kita masing2. yang ana dan jugak entum semua lupa nak syukur, nak cakap Alhamdulillah.

14:7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".



p/s: siapa minat dengan kakak2 ana, PM. [baca: pergi mati]. Sebab mereka semua dah berpunya.

No comments:

Post a Comment