Tuesday, September 15, 2015

12 bulan yang berlalu pergi


12 bulan sudah
Hati tabah merempuh rindu yang bertapa
Belajar membina konkrit di dalam jiwa
Sedar yang jalan ini bukan untuk suka sahaja
Bahkan duka dan derita sering menyapa.

364 hari yang lalu
Melambai lemah tangan kepada ayah ibuku
Air mata mengalir deras laju
Janji tersemat padu
Semangat membara demi yang menunggu
Malaysia, tunggu kepulangan ku.

Sayap itu yang membawa aku terbang sejauh ini
Mengkhabarkan kepada aku bahawa dunia ini perlu diterokai
Agar aku belajar erti mencintai dan merindui
Kerana sudah puas aku membuta tuli
Tentang semua perasaan yang melintasi
Melibatkan emosi dan hati

Penat berlakon kononnya kuat teguh
Dinding simen dibina dianggap utuh
Untuk aku mengatakan aku cukup kuat dan jaguh
Rupanya aku hanya angkuh
Tak terdaya mengatakan sedih aku sudah lama menghuni kukuh
Tak mampu ditolak mahupun sungguh

Aku kuatkan semangat untuk terus menyepi
Bukan kerana aku ingin melupai
Tapi sudah cukup jelas menyatakan suara hati ku ini
Suaramu, watakmu, celotehmu menjadi igauan ngeri
Kerana aku hanya bisa bermimpi
Tidak mampu untuk mengecapi.

Lemahkah aku jika aku berundur?
Kerana semangat ku ini jelas semakin kendur
Ingin terus melihat tapi kabur
Ingin terus berjalan laju tapi tersungkur
Ingin terus maju tapi termundur
Ingin terus memiliki istiqomah tapi cepat futuur

Come on! Hidupku ini penuh dengan kufur
Diberi nikmat terus takabbur
Sujud jauh sekali untuk bersyukur
Malah keluhan dan cacian pula yang laju meluncur.

Ampuni aku ya Tuhan
Andai hidupku ini penuh keluhan
Aku cuba untuk menjadi super saia seperti saidina Uthman
Aku cuba untuk jadikan Saidina Umar sebagai teladan
Aku cuba untuk contohi Abu Bakar yang sentiasa membenarkan
Namun aku cukup mudah digoda godaan
Tak dapat lepas sebarang dugaan
Terus tenggelam dalam kelalaian.

Mengapa aku tidak pulang ke tempat asalku semula?
Soalan yang cukup malu untuk aku jelaskan sebenarnya
Ilmu tak cukup di dada
Akhlak runtuh terjunam tak tahu bagaimana
Quran seharian suntuk hanya terbiar di atas meja
Dibiar debu Jordan terus membalut setia
Kitab melambak berterabur di rak hanya untuk hiasan mata
Tapi lupa, ianya perlu dibaca.

Bila dituduh graduan tiada kualiti
Habis semua orang aku maki
Masih lagi tak sedar diri
Kau perlu hidup dalam realiti dan bukan fantasi
Hanya mimpi di pagi hari
Mengapa diri aku jadi begini Ya Rabbi?
Terus jari hebat berlari mencari kekunci pabila ada yang menasihati
Dendam kesumat ditanam kemas di dalam qalbi
Menghambur, menjerit ringan mengangkat kaki
Dibiar nasihat sepi
Tanpa sambutan ataupun islah dalam diri
Sungguh diri ini kurang diajari.

Aku graduan Jordan 3 tahun nanti
Aku tidak mahu jadi persepsi
Graduan Jordan ialah mufti
Masyi keluar hukum dan tiada salah yang pasti
Tapi aku cuba memahami
Iya, aku perlu persiapkan diri ini
Soalan maut bakal menanti
Kenyataan buruk akan terpatri
'Eh dia ni, belajar jauh2 tak kan tak dapat jawab soalan aunty?'

Apa hasil 12 bulan di Jordan?
Senyum.
Aku pelajari pelbagai benda duniawi dan ukhrawi
Persiapan diri bekalan suatu hari nanti.
Tak mahu aku ceritakan di sini
Kenangan manis ini biarlah dianggap rahsia sampai mati
Biarkan mereka yang tidak mengetahui tenggelam dengan persepsi.
Streotaip.

Usrah dan dakwah.
Sangatlah geli geleman bila dibawa berhujjah
Dikatakan sering memecah belah
Escapetism semua dituduh kerana jemaah
Sedangkan golongan kehormat escaptism enak makan maggi berkuah
Santapan COC biasa sudah
Movie korea dan cintan cintun cerita tak payah
Aktiviti persatuan dibiar tak endah
Namun semua salahkan jemaah?
Jemaah ke jenayah?

Kalau tak faham erti dakwah dan usrah
Cuba tukar kepada kalimah 'mengajak' dan 'keluarga mahabbah'
Bukan kah ia lebih mudah

Murobbi qawiy
Layan kerenah mutarobbi malas tahap infinity
Tu kan namanya fitrah ya akhi
Mutarobbi mengada rindu family
Akhi datang bawa puding coki-coki
Mutarobbi futuur tahap cipan chimpanzee
Murobbi pujuk bagi KFC
Mutarobbi iri hati
Murobbi mesej ayat quran bagi sentuh hati
Mutarobbi mengadu liqo' mengganggu masa study
Murobbi korbankan masa tidur dan mandi
Mutarobbi kata 'esok exam, jadi kami busy'
Murobbi kata, 'sekejap pun tak boleh akhi?'
Mutarobbi terus label murobbi tak memahami

Apa kau fikir Murobbi kau hamba abdi
Kau yang perlu bimbingan dan diajari
Tapi berlagak diva kau lah yang dikejari
Mana semua janji palsu kau nak ukhwah till jannati?
Janji manis senang ditaburi
Tapi bila suruh ditepati, masin, pahit, payau semua terpatri.
Susahkan jadi murobbi?
Lagi susah kalau ada mutarobbi seperti ana ya Akhi
Sungguh pemuda yang berani itu ialah pilihan Ilahi.

Kenapa aku join usrah?
Saja nak perhatian lebih.
Kenapa aku join usrah?
Sebab setiap kali liqo' ada makanan enak dan sedap.

Tapi tu dulu...

Sekarang... Tuhan je tahu.
Bila kita belajar ithar lillahi
Bila kita terpaksa bekorban dan terkorban
Bila kita sudi mengurangkan masa berehat dan goyang kaki
Penat bagi mereka yang tidak mengetahui
Tapi cukup manis bagi mereka yang melalui
Cukup jelas untuk mereka katakan dengan berani
Yaa Tuhan! Ini bukti aku berbakti
Untuk Ummah hari ini.

Hebatkan?

Pernah tak aku diuji selama mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah?

Bohong sambil menipu kalau aku kata tak pernah.
Jalan yang indah ke syurga itu tak pernah mudah.
Harganya semahal pengorbanan dan tak semurah pen merah.

Diuji kesuntukan waktu.
Kekurangan wang saku.
Kelaparan kebanyakkan waktu.
Tidur tak menentu.
Meredah salji dan hujan batu.
Housemate yang tak faham dan selalu kunci pintu
Ibu ayah yang kadang-kadang tak bagi restu
Hanya Mus'ab bin Umair jadi idola ketika itu

Semua kerana Allah yang Satu

Dapat markah rendah waktu exam, usrah jadi fitnah
Tidur dalam kelas, dikatakan sibuk dengan kerja jemaah.

Kau boleh hina aku, tapi bukan agama aku.
Terserah untuk menuding jari mengatakan aku bersalah, tapi islam itu sempurna, sekalipun tak pernah salah.

Harapan 42 bulan yang akan datang,
Diri ini cukup bersedia berkhidmat untuk ummah
Andai diri ini dijemput tanpa sempat berjasa
Jadikanlah penulisan ini bukti aku pernah mencuba
Pandanglah wahai tuhanku semua usaha
Sesungguhnya aku mencuba tapi kadang-kadang lemah menyapa
Kantuk menerpa
Lapar menjelma
Godaan merata
Harta lesap sekelip mata.

Ampuni aku ya Rabbi.
Andai 12 bulan yang lalu teruk tak terungkap dengan kata-kata
Tak dapat dibilang dengan jari mahupun kalkulator
Dosa yang dikumpul bersepah merata
Tak tahu nak sembunyikan muka kat mana.

Malu aku.
Hidup di bawah langit Tuhan
Tapi tak pernah nak bersedia
Yang Allah mampu melakukan apa sahaja
Dia yang memberi dan Dia juga yang mengambil
Dia yang memulakan tapi Dia juga yang mengakhiri.

Sungguh aku tak bisa leka.
Aku akan dihitung segala amalan dan jasa
Dosa pahala memenuhi timbangan
Melayakkan aku ke syurga atau sebaliknya
Terima aku Ya Allah untuk berada di sampingMu di syurga selamanya.

Oversea seorang diri ataupun Malaysia bersama keluarga?
Dua-dua indah.


#12bulandiJordan

-Nukilan:SeliparJepun-






No comments:

Post a Comment