Saturday, September 12, 2015

Jalan Pilihan : Aku percaya ini yang terbaik.

Kau tahu, sejak dari kecil lagi.. aku dah tanam cita-cita aku nak jadi seorang engineer. Hmm. Tinggi sangatkan cita-cita aku? Darjah dua pulak tu.

Satu hari, cikgu suruh aku tulis cita-cita aku dalam buku tulis. Biasalah, kerja rumah waktu darjah 2. Dalam buku tulis yang ada 3 garisan tu haa. Pastu lukis sekali gambar kita 20 tahun akan datang. Aduh. Hingusan betul aku waktu tu.

Biasalah. Kalau mak ayah cikgu sekolah tu, memang tak sah kalau dalam bilik guru tak ber'gosip' pasal anak diorang. Sama laa jugak macam Cikgu Sa'diah a.k.a ibu terhebat abad ini kerana berjaya melahirkan seorang legend iaitu.. ehemm. Malas nak cakap. Kui. Menmain je.

Aku buat kerja rumah tu kat dalam bilik sains ibu aku. Dulu ibu aku cikgu Sains aku kat sekolah. Dia ajar aku darjah dua je. Jemu dia pandang muka aku hari-hari. Haa. Kesian. Aku sebenarnya bukan rajin sangat pun buat homework ni. Tapi sebab aku minat melukis, jadi aku pun buat je la kerja BM tu dulu. Serious.

Dekat bahagian tajuk tu aku siap tulis lagi, " Cita-cita saya : Jurutera". Aduhh. Minat tu tertanam dan terpahat dalam hati aku sejak daripada sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Cukup 10 tahun aku meminati profesion Jurutera. Nak tunjuk betapa gilanya aku nak jadi jurutera ni, sampai dalam kertas trial SPM aku, aku tulis nama aku 'IR Fa*** ******'.

Aku pernah nangis, trial aku tak memberangsangkan sangat. 7A. Meronggeng aku waktu tu. Sumpah. Setiap hari, aku update. Apa subjek yang aku kena dapat A untuk melayakkan aku mohon Engineering. Desperate giloss. Memang niat dah salah dah waktu tu.

Dan sepanjang hari tunggu keputusan SPM keluar, memang berdoa je la. Waktu tu, aku lebih kepada fasa redha dan terima apa-apa pun yang Allah bagi aku. Dia je yang nampak usaha aku selama aku belajar.

Sehari sebelum result keluar, aku dah cakap dengan ibu aku.

"Ibu, ira rasa kalau kita pergi lambat sikit pun tak apa bu". Aku memang nak bagi hint kat ibu aku, yang kalau boleh aku tak nak ambik pun keputusan SPM tu. Aku kan yang jawab kertas exam tu, jadi aku tahu laa.

Sepatutnya, jam 10 pg dah kena ada kat dewan Khawarizmi tu. Tapi sebab daripada rumah aku jam 9.30 pg, and it takes 1 hour plus+ untuk sampai Maahad Muar, jadi memang sampai lambat laa nampaknya. Dan dalam kereta yang ibu aku drive, memang dah senyap laa. 

Tetiba, handphone atas riba aku vibrate. "Tiq".
Aku dah cuak tahap gaban dah. Aku pun angkat phone sambil jeling ibu kat sebelah.

"Nommisss, tahniah beb! Nama kau ada kat board budak straight A's..", Tiq dah menjerit macam apa ntah.

"Seriouslaa weh. Aku datang lambat ni. Kau jangan nak menmain dengan aku.."

Ibu akuu dah genggam tangan aku kuat. Kuat sangat. Cuba salur kekuatan.

"Ye laa gila. Tadi cikgu yati umum nama kau naik pentas, tapi kau tak ada. kalau tak nak, bagi aku je! Dah laa weh. Tak masal aku menjerit sensorang belakang pentas ni", ujar Tiq.

Air mata waktu tu serious keluar. Tapi aku senyum. Aku tengok ibu aku. Phone aku mati kan.

"Ira, ok tak? Apa-apa pun keputusan yang Allah bagi, bersyukur nak.. Dapat berapa?", ibu cuak bertanya sambil fokus kepada pemanduan.

"Ibuuu...Ira dapat straight A's. Alhamdulillah. Tadi Atiq bgtahu... Ibu...", aku terus peluk ibu aku. Ibu aku siap berhenti tepi jalan lagi. Meraikan kegembiraan yang sepatutnya kami lebih awal tahu daripada orang lain.

"Ibu mintak maaf, sebab kita dah lambat. Tak dapat nak tengok ira naik pentas", kata ibu sambil kesat air mata yang dah basah kena kat tudung.

"Tak apa bu.. Ira tak kesah pun, tak dapat naik pentas.."

And the rest is history.

Dan sampai laa satu masa. Lepas SPM. Aku isi borang permohonan tu semua untuk jadi Engineer. UPU tu aku main isi je benda yang aku suka. TANPA PENGETAHUAN IBU DAN AYAH AKU. Kecuali borang permohonan JPA-MARA dan KPM-BA. 

'Aku nak FLY!'

Tu je perkataan yang aku tahu waktu tu.

Aku memang buat semua permohonan tu sendiri. Tak de guide daripada kakak2 yang lain. Aku dah tekad, aku tak nak susahkan diorang. Dah banyak dah dalam hidup aku menyusahkan diorang. Sampai waktu nak iv tu pun aku cakap kat ayah aku, "Ayah, boleh ira ambil bus pergi sendiri iv kat Bangi tu?". Pastu ayah aku senyum. Aku tahu dia dah tua dah pun. Cukup menyusahkan untuk aku yang duduk Johor ni nak pergi iv kat Bangi tu. Drive yang makan masa berjam-jam tu, cukup memenatkan. Tak kira duit hotel menginap. Duit minyak yang dibayar. Masa. Penat semua tu. Banyak jasa ayah aku. 

"Ira nak naik bus sendiri? Pastu nak pergi tempat iv tu nak naik apa? Teksi? Sensorang?", ayah aku tanya. Bila aku fikir, dah laa aku ni perempuan.

Bukan aku nak membelakangkan dia. Bukan aku nak memandang remeh kemampuan dan kekuatan dia. Tapi cukup untuk aku perjelaskan. Yang aku tak nak menyusahkan dia.

Dan sampai laa waktu iv JPA-Jepun kos Engineering. Aku minta ibu dan ayah aku tolong hantarkan. Sebab ini laa cita-cita yang aku nak kejar sangat. Sejak dari kecil kot.

Ibu siap ambil cuti lagi. 

Kat depan dewan iv tu, aku dah salam ibu dan ayah. Minta didoakan dipermudah segala urusan.

Dan sepanjang iv tu, aku selawat je la der banyak-banyak. Memang kebanyakkan budak-budak yang datang iv ni semua, bijak, pandai, genius, pintar dan sbgnya laa. Pakaian semua smart. Kasut berkilat. Tak de yang selekeh macam aku. BI semua berhabuk. Uis. Tak tahu nak cakap macamana. Aku cakap BI memang tonggang langgang bersepah terbalik. Tak tahu nak describe betapa teruknya BI aku.

Baju kurung tahun lepas, kasut PVC maahad Muar, tudung selempang 60' rembat akak aku punya. Kot tajaan akak-akak yang baik hati. Bedak segala bagai tu semua aku tak pakai. Dan memang tak lalu nak sarapan pagi tu.

Aku waktu iv tu, aku pegang satu je. 

'Ira, kau kena yakin. Confident. Cakap la apa-apa pun yang berasas, cukup dengan keyakinan dan keberanian. Ya Allah, kau lembutkan laa hati orang yang nak temuduga aku ni'.

Bila aku keluar daripada dewan temuduga tu, aku call ibu aku.

"Bu, kat mana?"
"Ibu kat atas ni, dengan ayah".
"Uit, dating ke?"
"Mana nye.. Pergi surau".
"Laa, buat apa?"
"Doakan ira lee"
"Owh".

Speechless. Padanlaa. Kat dalam dewan tadi, tenang je aku jawab. Serious, macam dalam kelas aku selalu cakap. Gugup pun dapat dikawal dengan baik. Alhamdulillah.

Sampailaa hari-hari pengumuman kelayakkan untuk terima biasiswa tu.

Aku ingat lagi. Waktu tu, keputusan upu keluar.

Aku dah menjerit depan laptop dengan ibu aku. Memang horray gila la waktu tu. Siap peluk sambil loncat-loncat macam menang loteri.

USIM-Dentistry.

Pastu, hari aku bayar yuran USIM kat Bank Islam tu RM500 tak silap aku, sehari sebelum masuk USIM, 25hb Mei ,tiba ada sorang lelaki telefon aku.

"Assalamualaikum, Cik Fa***. Saya Encik (xingat nama) , pegawai KPM nak memaklumkan yang permohonan Cik Fa*** diterima. Boleh cek email cik dan sila maklumkan kepada kami keputusan penerimaan atau penolakan daripada pihak Cik sebelum 8 malam esok"

Ya Allah. Terasa berat pulak nak melangkah buat keputusan.

KPM-Bahasa Arab. Serious. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku nak jadi cikgu. Dan, button 'TERIMA' diklik.

Tapi, aku nak tunggu jugak keputusan JPA tu.

2hb Jun.

Keputusan temuduga.

"Tahniah, anda layak.............................."

TERIMA / TOLAK

Sekali lagi rumah tu bergema dengan jeritan aku dan ibu.

Tapi waktu tu, hati aku disapa.

'Apa pilihan yang aku kena buat?'

Ibu dan ayah aku puas nasihatkan aku supaya buat keputusan yang terbaik. Tapi ibu dan ayah aku nampak diorang lagi cenderung untuk aku pilih KPM.

Istikharah 3 malam berturut-turut. Tpi aku tak nampak apa-apa pun dalam mimpi aku. Kosong.

Disogok dan dimomokkan dengan gaji dan wang yang aku bakal terima bila bekerja nanti. Jantina menghalang aku untuk bekerja itu dan ini. Cuti. Jantina. Tanggungjawab. Kesusahan belajar.. bla,bla,bla..

Terlalu banyak mendengar nasihat yang membina tidak mengapa. Tapi nasihat yang menjatuhkan ( bukan nasihat sebenarnya, kutukan ) sangatlah berbahaya.

Tapi bila aku fikirkan semula. Aku hidup bukan sehari dua. Aku bekerja bukan untuk diri aku seorang je.

Plus, aku ni cepat sangat mengalah dan suka sangat belajar last minute. Kesedaran yang terlalu lambat nak dayang menyapa. Sungguh. Lagipun, aku sangat lemah dalam pelajaran. Nak SPM tu pun, jenuh belek buku malam exam. Parah.

Dah masuk university, mati laa aku kalau saat terakhir baru nak buat revision.

Dan akhirnya, aku bagi keputusan kat JPA seminggu lepas tu.

Malam-malam aku bukak laptop. 

Saya Fa*** ****** , kad pengenalan 9*********** MENOLAK penerimaan.....

'HANTAR'

Aku buat keputusan tu, bukan untuk diri aku seorang. Aku tahu, keputusan aku tu mengorbankan cita-cita aku 10 tahun lamanya. Aku tahu, keputusan tu memang tak akan berubah selepas aku tekan 'HANTAR'. Aku tahu aku tak mampu untuk berpatah balik. Aku tahu.

Tapi, aku jugak tahu.

Masih ada lagi orang yang doa macam aku. Untuk jadi engineer. Masih ada lagi orang yang bersungguh study untuk duduk di tempat aku. 'KOLEJ AMBANG JEPUN'. Masih ada lagi manusia yang dia punya kesedaran datang lagi awal daripada aku. Dan mungkin, rezeki aku bukan di bumbung kejuruteraan. Aku percaya, rezeki aku ada kat tempat lain.

Aku mendoakan orang yang menggantikan tempat aku tu dapat jadi jurutera ummah. InsyaAllah.

Dan kau tahu? Sekarang aku kat mana?

Alhamdulillah. Allah pilih aku untuk jadi seorang penuntut Bahasa Arab dekat Yarmouk.

Aku tak dapat menghuni negara matahari terbit, tapi Allah tempatkan aku dibumi Khalid Al-Walid.

Aku pernah menyesal. Tapi penyesalan aku terhenti bila aku ingatkan semula diri aku.

'Rezeki kita Allah yang bagi. Bukan cita-cita dan kerja kita yang bagi kita duit. Itu wasilah je'.

Dan sampai sekarang, aku tengah tenggelam dengan kitab-kitab tebal. Cuba mencari ilmu Allah. Sangat luas. 

Dan bumi Urdun ini banyak mengajar aku erti yang selama ini aku cari. Erti kehidupan sebagai hamba Tuhan. Satu kebahagiaan yang aku cari selama ini. Rupanya, dia tunggu aku kat sini. Puas main cak-cak kat Malaysia, rupanya jauh dia suruh aku kejari dan berlari.

InsyaAllah, kheir.




No comments:

Post a Comment