Hai, nama aku Syaima. Atau nama manjanya, Max. (Erk, xde la manja sangat).
Kalau dalam family aku, aku dikenali sebagai abang yang tegas. Aku anak ke3 daripada 7 orang anak2 nakal dan terjal makcik Salmah dan pakcik Samsudin.
Dan, aku cold-hearted.
Nak tahu tahap cold-hearted nye aku ni, bila semua orang salam waktu raya, menangis macam hapee. Tapi aku siap gelak2. Bukan sebab aku tak serious. Aku serious kot time minta maaf kat ibu ayah, tapi sebab aku lebih prefer untuk cover macho tu lebih sikit daripada nak lap hingus dan menangis. Waktu nak fly dulu pun, aku memilih untuk bertenang (keraskan hati) daripada tengok Mama dan Ayah nangis, akak2 dgn adik aku lagi la over.
Kadang2, air mata yang tak turun tu bukan bermaksud yang aku tak ada perasaan, tapi sebab aku lebih memilih untuk bersikap tenang dan berlakon kuat.
Tapi, ada satu cerita dan kisah yang meruntuhkan dinding yang selama ni menahan air mata daripada turun. Dinding yang selama ni aku bina untuk pertahankan ego.
Dan dia berjaya mengubah segalanya.
Ok. Before aku fly, aku tinggalkan family aku semua dalam keadaan sihat, dan waktu tu aku sangat yakin yang semuanya akan berada dalam keadaan baik2 je time aku tak ada kat malaysia. Dan doa aku, biar la keadaan ni kekal sampai aku balik semula.
Dan, takdir Allah ubah segala2nya. Perancangan dia lebih baik.
Serious, aku memang tak boleh terima mula2 aku diuji dulu.
Siapa yang tak terkejut..
Ayah pergi, ibu tak sihat,
Kakak gugur,
Adik yang ditarik penglihatan, sikit demi sikit..
Macamana aku nak hidup dalam keadaan macam ni..
Dan time aku dapat phone call
"Wehh, aku nak minta tolong kau sikit bole?", akak.
"Mende?", aku.
"Tolong bertenang dan sabar. Ayah tenat.. dan dia asyik sebut nama kau....", ok, tangisan along kat hujung talian tu pecah.
Dan gua? Come on, gua masih ada lagi perasaan.
Lutut lembik, longgar terasa segala otot dalam badan.
Fine. Ayah tenat.
Orang lain senang la cakap, tapi aku yang menahan sakitnya tu macam nak pecah dada,
"Max, sabar la. Allah lebih sayangkan ayah kau...", roomate.
"Aku nak balik ar, serious. Aku risau adik2 aku, kakak2 aku. Ibu aku mesti sedih".
Dan waktu tu, aku memang dah tak fikir apa2 lagi dah. Kad bank aku capai. Nak withdraw duit jam 12.47 malam. Sorang.
Lepas je keluar duit, kena samun. Come on!
Dan gua tak cakap bohong, aku menangis, melutut. Aku dah tak kisah dah orang nak cakap apa pasal aku time aku nangis kat depan restoran tu. Ada je sister2 yg nampak. Sedih macam perempuan ar aku masa tu, memang sedoh giloss.
Tapi Alhamdulillah, housemate aku yg memang alim ar, budak jemaah katanya, teman aku pergi beli tiket. Dan dia bayarkan. Free. Ayat dia time aku tanya dia "serious la weh kau bayarkan?".
"Rezeki Allah yang bagi" sambil dia senyum macam ni 😊😊
Allah je yang dapat balas jasa kau..
Aku fly dan selepas 4 jam perjalanan, aku kena transit. Transit 4 jam. Dan aku terus tekan phone. Laju ar whatsapp dan beberapa missed calls.
Tangan aku laju buka whatsapp family. Dan kau tahu apa yg berlaku pada ak?
Ayah aku meninggal 2 jam yg lepas. Time aku atas flight. Time aku tak tenang nak lelap mata atas flight, time aku tak lalu nak makan, time aku berusaha nak berjumpa dengan ayah aku yang tenat.
Aku cuma minta ayah aku bertahan dan tunggu aku kejap je. Tunggu sekejap sebab aku RINDU dia.
Dan, air mata yang langsung tak diundang ni lagi sekali menembusi empangan mata.
Dan selepas transit 4 jam, aku pun meneruskan perjalanan yang berbaki 9 jam lagi.
Sepanjang perjalanan tu, aku baca yasin untuk ayah aku. Air mata tak sudah2 turun. Hingus tak usah cerita. Sampai awek tudung labuh sebelah aku hulur tisu. Serious lawak.
Dan alhamdulillah, aku sampai jejak tanah air.
Time tu, kawan aku yg fetch. Dia peluk aku erat. Cuba salurkan kekuatan mungkin.
Sampai je rumah, aku tengok ibu adik2 tidur kat dalam bilik, kakak2 aku tengah sibuk mengelap air mata. Dan ibu yang duduk di kerusi rotan terus peluk aku.
"Abang.. ayah pergi.. ayah dah tak ada", bahu aku basah dengan air mata ibu.
Air mata yang jatuh aku seka cepat. Ibu aku perlukan aku untuk dia bergantung. Tak kan la aku nak lemah. Aku perlu kuatkan ibu.
"Sabar ibu.. Abang tahu...isk..", sedu yang ditahan terhambur. Sungguh aku tak kuat.
Aku tak kuat untuk berlakon menahan air mata ni. Hanya kerana nk jadi kuat, aku tahan.
Aku terpaksa balik lepas 2 minggu kt Malaysia. Pengajian yg tertangguh masih perlu diteruskan.
Jiwa terkawal. Sejak daripada tu, aku selalu contact kampung, tanya khabar.
Dan tak sampai 4 bulan, akak aku pulak gugur.
Tett.. tett..
Whatsapp.
"Max, along gugur. Doakan yg terbaik untuk along", abang long. Abang ipar aku.
Tersentak. Sebab ni kali kedua, along gugur.
Aku baru dikhabarkan berita gembira yg aku bakal terima anak buah kembar sebulan yg lepas. Tapi hari ni, Allah tarik.
Keluhan tu terlepas jugak keluar drpd bibir.
Tapi alhamdulillah, abang long aku sangat supportive. Memang tepat pilihan arwah ayah untuk along aku.
Again. Dah nama pun hamba. Ujian memang tak kenal erti henti.
Aku bangun daripada tidur, handphone terus aku capai.
"Abang, adik glaucoma..", adik.
Tangan lincah menaip di dada skrin.
"Apa benda tu dik?"
"Sakit kat bahagian mata.. pandangan makin blur, sakit kepala.."
"Dah check doc? Bila dapat tahu?"
"Lia dah check, sbenarnya lia dah tahu sejak minggu lepas. Sebab mata sakit sangat.."
"Knp baru bgtahu sekarang? Abang risau tahu.. ibu tahu?"
"Belum"
"Jangan bagitahu sapa2. Jap. Sekarang ni macamana? Apa abang boleh tolong? Abang tak tahu apa2.."
"Abang jangan risau, lia ok je"
"Jap.. glaucoma ni boleh cure?"
"Nope.."
"Serious la lia, operation, lasik ke? Apa ke? Abang boleh bagi duit".
Adik aku senyap.
"Weh jap, abang skype. On skype skrg!!"
"Okies"
Hati dah risau. Nak kejut roomate, kesian pulak. Ok. Jam baru jejak 1 pagi.
Kat sana dah pukul 7.
"Along.. ", suara adik aku dah tembus headphone.
"Adik, cepat story.. abang dengar, but janji dulu. No cry, and not my shoulder"
"Ok Hitler.. serious laa xnk basuh muka dulu, sikat rambut. Messy sgt abang.. confirm gosok gigi pun belum"
"Come on Ava Paige.. abg x gosok gigi pun bukannya awak bau"
And aku pun skype dengan dia. Satu ayat yang paling menyentak tangkai hati..
"Abang tak nak balik ke...? Lia takut tak sempat tengok abang je..."
Aku bukan tak nak balik.. Aku tinggal lagi 3 bulan je lagi kat sini sebelum bfg.
"Abang balik bulan 1 ni. Tunggu abang, janji dengan abang! Abang tak suka orang mungkir janji", tu ayat last aku dengan adik aku time skype.
Pagi tu, aku terus tanya roomate aku.
"Jan, glaucoma bole cure ke?"
"Hemm. Apa yg aku tahu, glaucoma x bole cure. Tapi boleh lmbatkan progression dia. Knp Max?"
"Xde ar. Ubat dia mahal ke?"
"Mahal ar jugak.."
"Lama ke progression dia nk buta kalau mkan ubat? Operation luar negara mmg xde jugak ke?"
"Progression bgantung pada ubat jugak. Kalau xskip mkan ubat, appoinment dgn doc jga, insyaAllah bertahan. Setakat ni xde yg dah dpt discover ubat for glaucoma.."
Nafas berat dilepas.
"Glaucoma mmg ended with blindness.. ubat just to slow down the progression.. tu je..."
Mouse cursor ditekan. Online transfer. Taip no acc lia.
RM5000 berjaya di'transfer'.
"Kau guna duit ni, jaga kesihatan baik2, makan ubat yg doc bagi... biar abang yang bagitahu ibu k. Belajar betul2.."
Bertahan.
Aku tak nak adik aku buta..
Dan 5 bulan lepas tu, Allah takdirkan penglihatan dia gelap selamanya, tapi dalam dakapan aku dia nampak buat kali terakhir.
"Lia, abang penat laa, penat sangat"
"Abang penat sebab adik?"
"Bukan sebab awak la. Sebab exam tadi susah sangat.. rasa macam nak berhenti study, nak jaga adik je skrg ni", gelak.
"Abang, study la betul2. Adik nak study, tapi x boleh. Abang study la sungguh2, sebab ada orang yang belajar, tapi dia tak diberi peluang tu".
Take a deep breath. Heart shot.
Kadang2 aku tertanya, ujian Allah bgi ni untuk hamba Dia yang mampu. Tapi aku tak mampu. Aku cuma berlakon yang aku kuat depan adik2 dan ibu aku, sebab diorang perlukan aku sebagai tali bergantung. Macamana diorang nak bergantung kat aku, kalau aku sndiri tak kuat?
😢😢😢
-Muhammad Syaima'-