Aku dan engkau. Kita sampah.
Mengapa aku kata macam tu?
*Aduhh. Sambil garu kepala yg tak gatal.
Kau tahu kenapa sampah orang pandang jijik dan kotor?
Emm. Sebab dia sampah laa. Secara fizikalnya kita nampak sampah ni kotor dan berbau. Ada pulak sesetengah sampah ni sampai menyusahkan orang lain dan berjaya menimbulkan ketidaksenangan antara orang-orang yg berada di sekelilingnya.
Bak kata org tua2, "sakit mata aku memandangnya".
Itu laa pandangan manusia kepada sampah.
Cuba baca statement yg atas tadi, bukan atas ni, atas sekali.
'Aku dan engkau. Kita sampah'.
Mende laa statement ni. Patutnya tukar.
'Aku sampah'.
Aku rasa dalam dunia ni, aku sorang je yang pernah rasa diri ni sampah. Sebab orang lain dah cukup hebat dan masyaallah mantap kat depan mata aku ni haa.
Apa kaitan hidup aku (kita) dengan sampah.
Aku ni banyak buat dosa. Sudah berkali2 ditegur dan dinasihati, tapi tetap berdegil dan keras hati. Aku cuba muhasabah diri. Namun begituu, ego di hati sering merajai.
Aku sampah. Bila orang dah muak dengan perangai aku, org tinggalkan aku. Aku percaya, kadang2 mereka tinggalkan aku sbb mereka nak bagi aku ruang dan waktu. Mungkin.
Ataupun mereka nak bagi aku refleksi diri seorang diri.
Ataupun mereka rasa yang mereka dah tak perlukan 'sampah' mcm aku lg atas jalan dakwah ni.
Mad'u cepat futuur..
Mad'u durhaka.
Mad'u x guna.
Gila.
Aku tak pernah salahkan mereka. Aku tak salahkan mereka yg meninggalkan aku.
Tapi aku salahkan diri aku sendiri kerana membuatkan dakwah dan urusan mereka menjadi lambat dan terbantut. Hanya kerana masalah diri sendiri, tapi sampai menjejaskan orang lain. Ummah tak perlukan orang macam aku. Ummah nak berlari laju pada Allah yang Satu. Tapi aku?
Aku cuma sampah yg menghalang laluan org yang nak berlari laju.
Come on.
Bila diajak berusrah oleh sang murobbi, aku katakan diri ni tak cukup masa.
Bila rasa sedih menghurung diri, pandai cari murobbi.
Bila futuur, punya banyak alasan kau bagi.
Bila dah dekat exam, cuba buat button esc nak lari dari jalan dakwah n tarbiyah ini.
Sejak bila dakwah ini jadi option?
Sedangkan, manusia tu dah jadi daie sejak dia melafazkan syahadah lagi.
Aduhh. Sampahnya aku ni.
Macamana nak kata yang diri aku dah beriman, sedangkan belum diuji?
Jalan dakwah dan tarbiyah ni bukan untuk org yg manja.
Jalan dakwah dan tarbiyah ini, bukannlah jalan yg ditaburi ros dan karpet merah.
Jalan d n t ini sumpah panjang.
Jalan ini utk org yg bercita2 syurga.
Jalan ini utk org yg bersedia berkorban harta, nyawa, tenaga, masa dan segalanya di dunia, tapi mampu tersnyum kerehatan pada akhir hidupnya.
Kematian syahid dan mulia yang diharapkan pada akhir hidupnya, bukan kematian syahdu dan pilu menjadi cita2nya.
Adehh. Penat hidup sbg sampah dalam ummah.
Lalu aku mohon kepada Allah. Aku mohon taubat ku diterima.
Hati kosong bila tidak bersentuh lutut dalam seminggu.
Hati kontang bila tidak berlaga jari di dalam talam.
Hati kering bila tidak tadabbur dan berqodoya bersama2.
Hati macam nak meletop pom-pom-pom bila dapat tahu yg mereka tgah berlari laju mengejar syurga sdgkan kita masih tidur lena dibuai dosa.
Aku kembali semula pada jalan yg aku pernah futuur. Bukan seketika cuma.
Wlaupun malu dgn murobbi tapi aku tahu. Malu pada Allah dengan dosa kita yg banyak, kurang pula pahalanya tapi sibuk nak bicara kencang. Itu lebih utama. Malu dengan pandangan Allah terhadap sampah macam kita.
Opss. Aku. Bukan kita.
Tapi kau nak tahu? Sampah pun ada pluang kedua untuk perbaharui hidup dia yang lama. Tinggalkan segala silam dia, mula melihat logam di dalam dirinya sendiri. Cuba untuk menyinari logam tersebut.
Apabila botol kaca yg sudah habis minumannya, berubah menjadi sebuah pasu bunga yg cantik.
Apabila kertas yang renyok menjadi sebuah mangkuk kertas yg menawan.
Apabila tin susu yang karat berubah menjadi sebuah tabung simpanan setelah dicat.
Semuanya membawa manfaat kpd manusia lain setelah diberi peluang kedua.
Peluang pertama : menjadi kertas lukisan yg terbaik untuk pelukis.
Peluang Kedua : untuk bangkit dan berusaha untuk ubah diri dpd kertas yg renyuk dan dibuang ke tong sampah menjadi mangkuk kertas yg menawan.
Tapi sis,
Tak semua sampah boleh dikitar semula.
Yes .
Untuk dikitar smula, kita yg memilih setelah diberi peluang.
Sama juga taubat. Allah dah bagi peluang dgn membuka pintu taubat setiap masa, tapi terpulang semula kpd kita utk memilih. Nak ataupun tidak.
Seruan Allah dah sampai lama. Tapi kita je yang sentiasa cipta alasan.
Tapi sis..
Sampah tak boleh nak kitar semula diri dia dengan keupayaan diri dia sendiri kan? Mana ada kertas yg tetiba je bertukar jadi bunga?
Yaa. Again. Nampaknya sel otak anda dan saya kian berhubung.
Tangan dan mesin yg diciptakan untuk kitar semula sampah itu laa yg ditasybihkan sebagai org yg support kita waktu kefutuuran kita, bg kita semangat utk jadi ahli syurga. Tangan2 mereka yg mendoakan kita setiap kali mereka berdoa. Bibir mereka yg menyebut nama kita setiap kali merindui. Mata mereka yg memerhatikan seandainya dosa kita gelumangi. Nasihat menasihati.
Dan dengan izin Allah, Allah peluk kita semula untuk berada di jalanNya.
Everyone deserves a second chance.
Sedangkan sampah ada pluang kedua, kenapa bukan kita?
Allah tak pernah zalim dengan manusia. Dia tak pernah zalim.
Peace no war.
Kita sampah. Tapi yang boleh dikitar semula.
Tapi ingatlah sampah tu boleh di kitar semula :)
ReplyDeletehashikinsilent.blogspot.com